Siaran Akhbar : Jabatan Perdana Menteri / Foto : Mohamad Azmi Awang Haji Damit, Hernie Suliana Haji Othman
SHENZHEN, REPUBLIK RAKYAT CHINA, Jumaat, 15 Mei. - Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri dan Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah binti Pengiran Haji Salleh Ab. Rahaman petang tadi berkenan berangkat meninggalkan Shenzhen, Republik Rakyat China setelah menghadiri Lawatan Rasmi di Republik Rakyat China pada 11 hingga 15 Mei 2026.
Juga berangkat ialah anakanda-anakanda Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Yang Teramat Mulia Pengiran Anak Muneerah Madhul Bolkiah, Yang Teramat Mulia Pengiran Muda Muhammad Aiman, dan Yang Teramat Mulia Pengiran Anak Faathimah Az-Zahraa' Raihaanul Bolkiah.
Sebelum berangkat, Doa Selamat dibacakan oleh Yang Dimuliakan Begawan Pehin Khatib Dato Paduka Awang Haji Hamidon bin Begawan Pehin Siraja Khatib Dato Paduka Seri Setia Awang Haji Abdul Hamid.
Hadir di Shenzhen Bao'an International Airport bagi menyembahkan selamat berangkat Kehadapan Majlis Duli Yang Teramat Mulia dan Yang Teramat Mulia ialah Director-General, Shenzhen Foreign Affairs Office, Ms. Cao Saixian.
Turut hadir bagi menyembahkan selamat berangkat, Kuasa Usaha Sementara di Kedutaan Besar Negara Brunei Darussalam di Republik Rakyat China, Awangku Muhammad Saifuddin bin Pengiran Dato Paduka Haji Sallehuddin dan Isteri.